Kerjasama Pendidikan Tinggi Tumpuan ASIA-EDU 2018

2018-09-21 17:13:53  CRI
Share with:

Sidang tahunan Forum Pendidikan Asia (ASIA-EDU)2018 membuka tirai di Chengdu, provinsi Sichuan hari ini, dengan penyertaan pegawai kerajaan, diplomat dan pakar bidang pendidikan dari 26 negara dan wilayah termasuk Malaysia, Singapura, Filipina dan Jepun.
 
Pembangunan bersama komuniti kerjasama pendidikan tinggi menjadi tumpuan sidang tahun ini.

Presiden Persatuan Pendidikan Tinggi China, Du Yupo menyatakan, pembentukan komuniti tersebut serta kerjasama pragmatik yang rancak antara negara-negara Asia dapat menyediakan sokongan dalam aspek penyelidikan saintifik dan inovasi teknologi. Ini akan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi yang mampan di Asia.

Dalam majlis perasmian forum kali ini, Konsul Jeneral Singapura ke Chengdu, Steven Pang (Pang Chee Wee) telah berkongsi pengalaman Singapura yang telah lama menjalin kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi di seberang laut.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
曹捷